SABUN MUKA EUMORA,TART NENAS 100% BUTTERCUP DAN HANGER TUDUNG 28 LUBANG
Wednesday, February 16, 2011
Anak-anakku Slideshow
Anak-anakku Slideshow: "TripAdvisor™ TripWow ★ Anak-anakku Slideshow ★ to by Hasnizah Mohd Ali. Stunning free travel slideshows on TripAdvisor"
Friday, February 11, 2011
AGAR-AGAR SANTAN GULA MERAH
BAHAN-BAHANNYA:
10 gram agar-agar
1/2 cawan gula merah
1/4 cawan gula putih
1150ml air
100ml santan
1 biji telor pukul dgn santan
secubit garam
1 helai daun pandan
CARA-CARANYA:
masak air dgn gula dan daun pandan, bila dah larut masukkan agar-agar dan kacau hingga larut.
kecilkan api, kemudian tuang campuran santan dan telor, garam kacau terus hingga mendidih.tuang dalanm acuan yang anda sula dasn sejukkan.
Tuesday, February 8, 2011
KEK SARANG SEMUT
hari ni suami ku balik awal...dia pulak teringin nak makan goreng pisang dan mak mertuaku pulak tanya padaku nak makan apa kita petang ni..
pikir punya pikir aku teringin pulak nak buat kek sarang semut...jadi menu untuk makan petang ni aku buat kek sarang semut dengan goreng pisang...hehehe...kebetulan pulak adik ipar nak datang...aku pun x tahu nak menjamu apa pada mereka..apa lagi aku pun mulalah operasi aku membuat kek sarang semut.ni kebetulan pulak bahan2nya mmg ada didapurku ...hehehe..menjadi jugak..mak mertuaku siap mintak resepi lagi...
BAHAN-BAHANNYA:
1 cawan gula
1 cawan tepung gandum
1 cawan air panas
1 cawan susu pekat
2 sudu soda bikarbonat
4 biji telor
2 sudu besar mentega
CARA-CARANYA:
masakkan gula dengan api yang perlahan hingga hangus, pastu masukkan air panas dan masak lagi hingga gula tu cair, pastu masukkan mentega dan sejukkan.
sementara itu pukullkan telor hingga kembang,pastu masukkan susu pekat kedalam telor tadi kacau hingga sebati, selepas itu masukkan tepung dgn soda bikarbonat yang telah diayak tadi kacau hingga sebati.dan akhir seklali masukkan gula hangus yang telah disejukkan tadi.
perap adunan selama 3-4 jam, pastu bakar selama 1 jam dalam suhu 160 darjah hingga 180 darjah celcius...
Sunday, February 6, 2011
APAM BERAS
smlm tak tahu nak buat apa untuk minum petang..mak mertua pun ada dtg umah...
belek punya belek fikir punya fikir terjumpalah pulak resepi apam beras ni...
apa lagi aku pun cubalah buat..allhamdulillah menjadi tapi acuannya takde..malas nak gi kedai untuk membeli acuannya..akhirnya aku masakkan aje dlm loyang...
BAHAN-BAHANNYA:
2 cawan beras
21/2 cawan air
1 cawan gula perang
3/4 cawan gula pasir
2 cawan tepung gandum
2 cawan tepung beras
1 sudu teh yis kering
CARA-CARANYA:
1) masukkan nasi,air,gula perang dan gula pasir kisar hingga halus. ketepikan.
2) dalam mangkuk besar campurkan tepung gandum,tepung beras dan yis kering gaul mesra.
3) masukkan bahan-bahan yang dikisar kedalam mangkuk berisi campuran tepung tadi dan kacau hingga sebati.bahagikan kepada 4 bahagian dan warnakan setiap bahagiandgn pewarna merah,hijau kuning dan original.
4) rehatkan selama 3 jam.sapu minyak pada acuan dan tuangkan adunan dan kukus selama 15 minit.
lama tak uplod blog...rasanya takde apa yang menarik kot....raya cina hari tu cuti panjang jugaklah...kami sekeluarga balik kampung suami di sitiawan perak...balik kampung pun xde pegi mana pun...dok umah aje..
ialah x boleh nak pegi jalan2 selalu..nak simpan duit sikit bulan depan nak gi bercuti ke bandung..nak bawa anak2 gi jalan2 sambil2 tu aku nak gi shopping sekali..ialah dengar kata kat bandung barang2 murah2 tulah aku nak tgok sendiri apa yang menarik disana...
hehehe..hari ni x tahu nak masak apa..maklumlah mak mertua ada kat umah aku ni...pening...pening kepala di buatnya...memikirkan apa nak masak hari ni...

Friday, January 28, 2011
PUDING COKLAT
sambil-sambil buat tempahan tart sempat juga aku membuat puding coklat ni untuk anak-anak dan juga suami..ialah pencuci mulut petang2 ni..
ini dia bahan2nya senang aje
bahan-bahannya:
1/2 cawan serbuk koko
200g gula
650ml air
10gram agar-agar
1/2 sdk esen vanilla
2 sdb mentega
1/2 tin susu cair
1 biji telor
1sdb t.kastar
cara-caranya:
masakkan air bersama agar-agar serta gula hingga laru. kemudian satukan telor,t.kastard,susu cair,mentega,esen vanilla dan serbuk koko, pukul sehingga sebati.
selepas itu masukkan kedalamn bancuhan agar-agar tadi kacau hingga larut dan sebati...tapiskan kedalam acuan....sejukkan dlm freeze.. selepas tu hidangkanlah...
simple aje..
Thursday, January 27, 2011
BUBUR LAMBUK
hari ni aku x tahu nak masak apa...fikir punya fikir teringin pulak nak masak bubur lambuk...lagilah musim2 hujan ni...mmg sedap klau dimakan panas2..
bahan2nya senang aje...lagi pun bahannya mmg sentiasa ada didapur...
bahan-bahannya...
bawang putih-dikisar
ikan bilis-dikisar
lada hitam-dikisar
santan dan air rebusan ayam atau daging..
beras
cara2nya...
basuhkan beras pastu toskan...masakkan beras dgn air rebusan ayam atau daging hingga kembang
bila dah kembang masukkan bahan yg dikisar tadi...pastu masukkan santan dan ayam cincang atau daging..
masak samapai mendidih...garam secubit rasa...hidangkanlah...
senang aje SELAMAT MENCUBA..

MEE HAILAM LADA HITAM
tak tahu hari nak masak apa belek punya belek sau blog ni terjumpa lak resepi ni MEE HAILAM LADA HITAM...nampak menyelerakan apa lagi saya pun mencubalah baru first time buat ni..menjadi anak2 pun suka makan ini...
nak tahu cara membuatnya...
bahan-bahannya:
500g mee kuning (dicelorkan dahulu)
1 liter stok air rebusan daging (saya x guna daging saya guna ayam...tgok ayam ada dlm freeze)
150g daging (tapi saya guna ayam)
10 ekor sotong
1/4 red capasium
1/4green capasium
1/4 yellow capasium
1 biji tomato
1 cawan gobis
2 pokok sawi bok choy
1/3 lobak merah (belah dua)
5 camca besar sos tiram
2 camca sos lada hitam
3 ulas bawang putih 9cincang halus)
1 camca teh tepung jagung (bancuh dgn air)
cara-caranya:\
1. panaskan minyak dlm kuali, tunis bawang putih hingga harum,masukkan sos tiram dan lada hitam, kacau rata pastu masukkan daging, masak sekejap dan tuangkan stok rebusan ayam atau daging,kacau rata dan biarkan mendidih.
2. tamabah udang,lobak merah gan gobis, jika perlu tuangkan sedikit air lagi sebagai kuah. bila mendidih masukkan sototng,udang,red/yellow dan green capisium, dan sedikit garam.
3. masukkan tomato,bak choy dan juga bancuhan t.jagung,masak hingga pekat, gaul rata, rasa jika ok bolehlah di hidangkan...
SELAMAT MENCUBA...
Tuesday, January 25, 2011
KUIH LAPIS
petang ni aku x tahu nak buat apa..aku belek2 satu blog ni..aku ternampak kuih yg berwarna-warni ni..nampak macam menyelerakan..bahan2nya pun senang dan mmg ada didapurku...apa lagi aku mulalah operasi membuatnya..kebetulan pulak suami ku balik tengahari tu...
ialah kali pertama aku mencubanya memang excitetlah sebab menjadi elok aje masak kuih tu mmg tak sabar2 nak merasanya...tgah2 panas tu aku makan juga...tapi masa tu tgah lembik sikitlah..allhamdulilah suami kata mmg sedap anak2 pun suka makan...walaupun nampak mcm lembik sikit...
bahan-bahannya:
Bahan A
300g tepung gandum
120g tepung beras
2tbs tepung jagung
Bahan B
350g gula pasir
500ml santan pekat
1300ml air
10 helai daun pandang
bahan C
3 jenis warna ikut suka
cara-caranya:
masak gula dgn 500ml air, kisar daun pandan dgn santan. tapis pastu campurkan kesemua bahan2 A dan B.
bahagikan kepada 3 bahagian. dan warnakan ikut suka hati.
panaskan air dlm kukus selama 5-7 minit, selang seli dengan adunan kedua dan seterusnya...sampai masak..
Saturday, January 22, 2011
Pada tahun 2011bagi permulaan percutian kami pada tahun ini..pada musim cuti sekolah yang akan datang ini iaitu pada bulan March....kami merancang untuk bercuti ke Bandung selama 5 hari... wah!!!!kali ini suamiku akan membawa aku dan anak-anak bercuti jauh skit...seronoknya dapat bercuti keluar negara..thanks for my husband....walaupun tak sejauh mana pun...
insyaallah klau dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki kami merancang untuk menunaikan umrah pada hujung tahun ini...harap-harap apa yang dirancang akan menjadilah hendaknya...
allhamdulillah...ini semua rezeki anak-anak...
pada tahun ini juga business tart nenas aku menjadi...dan pada bulan ini juga aku telah menerima panggilan daripada Angkasapuri (RTM) memintaku sponsor tart nenas sebanyak 100 bekas untuk diagih-agihkan kerumah orang2 tua dan juga orang OKU...allhamdulillah walaupun aku mengeluarkan modal sendiri tapi aku rasa bersyukur kepada allah SWT..telah memberikan aku rezeki yang lebih dan aku rasa berbangga dapat berkongsi dengan orang-orang kurang upaya...

HARIJADI HUBBY KU DAN ANAk BONGSUKU...
hehehe..anak dgn papa sambut birthday sama2...sama bulan tapi tarikhnya aje yang tak sama...anaknya 18.12 dan papanya pulak 27.12...
inilah dianya birthday boy...hehehe..cepatnya masa berlalu..dah 4 tahun usia anak bongsuku ini...tahun hadapan dah nak bersekolah...seronoknya aku pabila melihat anak2 membesar depan mata....
inilah dianya birthday boy...hehehe..cepatnya masa berlalu..dah 4 tahun usia anak bongsuku ini...tahun hadapan dah nak bersekolah...seronoknya aku pabila melihat anak2 membesar depan mata....
Monday, January 10, 2011
HARI PERTAMA AIMAN DANIAL KESEKOLAH
ini anak ku yang no.2...hehehe inilah dianya baru pertama kali menjejakkan kaki ke sekolah rendah tahun 1 (S.K.KANTAN PERMAI KAJANG,SELANGOR DARUL EHSAN)
Subscribe to:
Posts (Atom)