Wednesday, February 16, 2011

Anak-anakku Slideshow

Anak-anakku Slideshow: "TripAdvisor™ TripWow ★ Anak-anakku Slideshow ★ to by Hasnizah Mohd Ali. Stunning free travel slideshows on TripAdvisor"

Friday, February 11, 2011

AGAR-AGAR SANTAN GULA MERAH


BAHAN-BAHANNYA:

10 gram agar-agar
1/2 cawan gula merah
1/4 cawan gula putih
1150ml air
100ml santan
1 biji telor pukul dgn santan
secubit garam
1 helai daun pandan

CARA-CARANYA:

masak air dgn gula dan daun pandan, bila dah larut masukkan agar-agar dan kacau hingga larut.
kecilkan api, kemudian tuang campuran santan dan telor, garam kacau terus hingga mendidih.tuang dalanm acuan yang anda sula dasn sejukkan.

Tuesday, February 8, 2011

KEK SARANG SEMUT

hari ni suami ku balik awal...dia pulak teringin nak makan goreng pisang dan mak mertuaku pulak tanya padaku nak makan apa kita petang ni..

pikir punya pikir aku teringin pulak nak buat kek sarang semut...jadi menu untuk makan petang ni aku buat kek sarang semut dengan goreng pisang...hehehe...kebetulan pulak adik ipar nak datang...aku pun x tahu nak menjamu apa pada mereka..apa lagi aku pun mulalah operasi aku membuat kek sarang semut.ni kebetulan pulak bahan2nya mmg ada didapurku ...hehehe..menjadi jugak..mak mertuaku siap mintak resepi lagi...


BAHAN-BAHANNYA:

1 cawan gula
1 cawan tepung gandum
1 cawan air panas
1 cawan susu pekat
2 sudu soda bikarbonat
4 biji telor
2 sudu besar mentega

CARA-CARANYA:

masakkan gula dengan api yang perlahan hingga hangus, pastu masukkan air panas dan masak lagi hingga gula tu cair, pastu masukkan mentega dan sejukkan.

sementara itu pukullkan telor hingga kembang,pastu masukkan susu pekat kedalam telor tadi kacau hingga sebati, selepas itu masukkan tepung dgn soda bikarbonat yang telah diayak tadi kacau hingga sebati.dan akhir seklali masukkan gula hangus yang telah disejukkan tadi.

perap adunan selama 3-4 jam, pastu bakar selama 1 jam dalam suhu 160 darjah hingga 180 darjah celcius...


Sunday, February 6, 2011

APAM BERAS

smlm tak tahu nak buat apa untuk minum petang..mak mertua pun ada dtg umah...
belek punya belek fikir punya fikir terjumpalah pulak resepi apam beras ni...
apa lagi aku pun cubalah buat..allhamdulillah menjadi tapi acuannya takde..malas nak gi kedai untuk membeli acuannya..akhirnya aku masakkan aje dlm loyang...

BAHAN-BAHANNYA:

2 cawan beras
21/2 cawan air
1 cawan gula perang
3/4 cawan gula pasir
2 cawan tepung gandum
2 cawan tepung beras
1 sudu teh yis kering 

CARA-CARANYA:

1) masukkan nasi,air,gula perang dan gula pasir kisar hingga halus. ketepikan.
2) dalam mangkuk besar campurkan tepung gandum,tepung beras dan yis kering gaul mesra.
3) masukkan bahan-bahan yang dikisar kedalam mangkuk berisi campuran tepung tadi dan kacau hingga sebati.bahagikan kepada 4 bahagian dan warnakan setiap bahagiandgn pewarna merah,hijau kuning dan original. 
4) rehatkan selama 3 jam.sapu minyak pada acuan dan tuangkan adunan dan kukus selama 15 minit. 


lama tak uplod blog...rasanya takde apa yang menarik kot....raya cina hari tu cuti panjang jugaklah...kami sekeluarga balik kampung suami di sitiawan perak...balik kampung pun xde pegi mana pun...dok umah aje..
ialah x boleh nak pegi jalan2 selalu..nak simpan duit sikit bulan depan nak gi bercuti ke bandung..nak bawa anak2 gi jalan2 sambil2 tu aku nak gi shopping sekali..ialah dengar kata kat bandung barang2 murah2 tulah aku nak tgok sendiri apa yang menarik disana...

hehehe..hari ni x tahu nak masak apa..maklumlah mak mertua ada kat umah aku ni...pening...pening kepala di buatnya...memikirkan apa nak masak hari ni...