Tuesday, February 8, 2011

KEK SARANG SEMUT

hari ni suami ku balik awal...dia pulak teringin nak makan goreng pisang dan mak mertuaku pulak tanya padaku nak makan apa kita petang ni..

pikir punya pikir aku teringin pulak nak buat kek sarang semut...jadi menu untuk makan petang ni aku buat kek sarang semut dengan goreng pisang...hehehe...kebetulan pulak adik ipar nak datang...aku pun x tahu nak menjamu apa pada mereka..apa lagi aku pun mulalah operasi aku membuat kek sarang semut.ni kebetulan pulak bahan2nya mmg ada didapurku ...hehehe..menjadi jugak..mak mertuaku siap mintak resepi lagi...


BAHAN-BAHANNYA:

1 cawan gula
1 cawan tepung gandum
1 cawan air panas
1 cawan susu pekat
2 sudu soda bikarbonat
4 biji telor
2 sudu besar mentega

CARA-CARANYA:

masakkan gula dengan api yang perlahan hingga hangus, pastu masukkan air panas dan masak lagi hingga gula tu cair, pastu masukkan mentega dan sejukkan.

sementara itu pukullkan telor hingga kembang,pastu masukkan susu pekat kedalam telor tadi kacau hingga sebati, selepas itu masukkan tepung dgn soda bikarbonat yang telah diayak tadi kacau hingga sebati.dan akhir seklali masukkan gula hangus yang telah disejukkan tadi.

perap adunan selama 3-4 jam, pastu bakar selama 1 jam dalam suhu 160 darjah hingga 180 darjah celcius...


No comments:

Post a Comment