Anakku yang pertama bernama Puteri Nuraliah Irwayu berusia 9 tahun, dia ni pendiam sikit x banyak cakap dan tak banyak kerenah....tapi dalam diam-diamnya dia kadang-kala perkenakan orang juga.....ialah ikut perangai papa dialah tu...tentang pelajarannya pulak allhamdulilah memuaskan hati aku jugaklah...
Disekolah rendah pelajaran dia allhamdulillah..markahnya pun boleh dikatakan tinggi jugaklah....tapi anak aku ni dia lebih suka pelajaran agama....selalunya markah yang paling tinggi agamalah 100% lulus...pelajaran yang lain ok jugak...matematik pun ok...boleh dikatakan semuanya oklah....anakku ini dia aktif disekolah acara tarian, menyanyi,pertandingan menyanyi petriotik,melukis dan sebagainyalah...sukanpun dia aktif jugaklah....kegemarannya pulak suka membaca buku-buku cerita....kalau pegi pasaraya ke....suami aku jugak suka membeli buku-buku untuk anak-anaknya....disekolahnya ada menyediakan buku nilam...sesiapa yang ada membaca buku tak kisahlah buku apa diwajibkan menulis didalam buku tersebut tajuk cerita buku itu...dan pada akhir tahun sesiapa yang paling banyak membaca dia akan mendapat hadiah...tahun ni anak aku mendapt tempat kelima pembaca buku terbanyak...aku kalau boleh nakkan dia mendapat tempat pertama hingga ketiga...takpe tahun depan ada lagi....suamiku selalu memberi semangat dan perangsang kepada anak-anaknya aku juga pun samalah tapi lain caranya dgn suamiku...suamiku seorang yang lembut...tapi aku sebaliknya pulak...aku dgn anak-anak tegas....kalau dgn suamiku apa yang mereka nak dia akan turuti tapi aku sebaliknya...kalau benda tu x penting aku tak akan belikan....
Disekolah agama anakku mendapat pelajar cemerlang 3 tahun berturut-turut aku rasa amat teruja dan terharu sangat-sangat....aku dan suami ku selalu berjanji pada anak-anak jikalau mendapat markah tertinggi atau mendapat tempat pertama hingga ketiga kami akan membawa mereka pergi bercuti...allhamdulilah setakat ini semuanya terlaksana....aku juga menerapkan anak-anak belajar dirumah...Aku dan suamiku sanggup pehabiskan duit untuk anak-anak...aku masukkan score A dirumah pelajaran melalui internet di rumah seperti tuisyen jugak....
Aku sebagai seorang ibu berharap anakku ini akan berjaya didunia dan diakhirat....inilah dianya puteri sulungku....